Followers

Wednesday 31 March 2010

Cili Muda Tumis Taucu

Assalamualaikum...

Harini saya nak kongsi masakan yang simple tapi pada saya sangat sedap. Masakan ni asalnya daripada arwah mak mertua saya. Dulu, tak pernahpun tanya macam mana nak buatni, tau makan jerrrr, huhu.... Sekarangni rasa teringat nak makan, kena cuba buat sendirila. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak dan mudah jer. Masakan ni sebagai lauk tambahan je dan boleh menjadi pembuka selera.. bahaya jugak ni..hehehe...


Cili Muda Tumis Taucu


Bahan-bahan:
10 tangkai cili hijau (cuci, potong serong)
Segenggam ikan bilis
1 sb taucu (boleh tambah ikut citarasa)
1 labu bawang besar (dihiris bulat)- kalu nak guna bwg merahpun boleh
3 ulas bawang putih - hiris
2 sb kicap manis
sedikit air-ikut keperluan
garam - jika perlu, sy x bubuh sebab taucu dah masin.
minyak untuk menumis (sikit jer, lebih kurang 2-3sb)

Cara-cara
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan taucu. goreng sampai naik bau.
3. Masukkan ikan bilis dan cili hijau.
4. Tambah kicap dan sedikit air.
5. Masak hingga cili menjadi lembut.
6. Jangan tambah banyak sgt air nanti tak sedap. Biar pekat2 gitu.


Aiskrim Malaysia


Mak aiii...sedap sungguh layan eskem mesia nih.. sapa nak? mari mari... hehee..ajak2 ayam jerk.. kakaka...
Teringat zaman kecik2 dulu..eskem nilah yg paling femes, satu sekupang jer. Ada macam-macam perasa~milo, asam boi, kacang hijau, jagung dll.




Perasa asam boi tu mama sorang jer yg makan, yg milo tu pulak mama jugaaaaakk..heheh.. muaz boleh makan yang milo jer tapi tak boleh makan banyak..haha..pandai tak mama?

panas2 ni jomm kita makan eskem mesia....kringkring..(ni bunyi loceng eskem tau bukan bunyik tepon..ahak)

Tuesday 30 March 2010

Award daripada Yatie



Seronoknya dapat award ni.. Terima kasih diucapkan kepada Yatie yg sudi memberi award ini kepada saya. Walaupun blog ini hanya blog merapu yang tah hapa2 je, tapi ada juga insan yg sudi menghadiahkan award. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua.
Oleh itu, saya juga ingin berkongsi award ini dengan rakan-rakan sekalian. Kepada rakan2 yg berkunjung ke blog ini sudi-sudikanlah mengambil award ini sebagai penghargaan kepada diri anda sendiri di dunia siber ini..

Saturday 27 March 2010

Kuih Bakar Pisang

Assalamualaikum...

Ramai dah yang telah mencuba kuih bakar pisangni. Rasanya dah pusing seluruh dunia dah kut.. Sekarang giliran orang Dubai plak nak menerai. Masa mula-mula tengok resepini dulu memang dah teringin benar nak buat, tapi kat umahni kalau ada pisang memang cepat jer abih. Maka kena tunggulah pisang duk tersadai takde sapa nak makan, baru boleh buat kuihni..ekeke..

Resipini asalnya daripada Cikgu Zana, tapi saya cilok drp umah Kak Zai.. Terima kasih Cikgu Zana dan K.Zai yer.. minta izin cnp kat sini pulak..

KUIH BAKAR PISANG

Bahan:-

1 sisir pisang masak (akak guna 5 biji pisang montel) dilenyek kasar
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*- sy boh 1/2 cwn jer, tu pun manis lg..
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*

Cara-Cara:-

Blend semua bahan*
Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter.
Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt!!


Asalnya kuihni takde bijanpun.. saya je memandai tambah. Bijan banyak kat umahpun nak simpan buat apa kan. Baik kutabur-taburkan atas kuihni..hik..
Sebenarnya kuih sayani terlembut sikit sebab terlebih susu. Muaz punya kejalah ni, sebab dia memang suka sangat nak tolong time mama dia di dapur.. ish ishh budakni.. Harap2 nanti dah besar rajinlah tolong mama lagi yer.. jgn dah besar jadi malas pulak, mama luku kang..ngeeee...


Thursday 25 March 2010

Nasi karot, sirap lemon...

Assalamualaikum...


Nasi karot ni ialah hidangan pada hari Sabtu yang lepas...dah licinpun.. Walaupun masak nasi macam beriya2 jer, tapi lauknya taklah semengah manapun.. malas punya pasal. Lagipun petang Sabtu tu Muaz nak pegi sekolah pulak nak tengok konsert dan karnival di sekolanya, jadi saya kena masak cepat-cepat. Tahun ni dan tahun lepas dia taknak joint konsert sekolah. Masa Grade One jer dia joint, lepastu dah tak mau lagi, malu katanya sebab teacher mekap muka dia.. kena pakai blusher la, pakai lipstik la.. ha..ha.. Mama kata, memangla kalau nak buat show kena mekap2 sikit, kalu tak nanti tak nampak muka pulak bila duk atas stage tu..

Dah besarni dia dah tau malu kena mekap. Takpelah Muaz, kalau dah tak mau, mama tak boleh nak paksa. Lagipun konsert tu bukan wajibpun, sekadar acara tahunan sekolah. hari tu dia nak pi tengok sebab ada kawan2 dia yang masuk dan nak main game sebab selain konsert ada macam2 game diadakan untuk memeriahkan karnival tu.

Ok, citer tentang nasi ni, sebenarnya nasi ni saya dah pernah buat dulu. Resepinya daripada sifu tersohor iaitu Kak Liza. Cuma, kalini saya tak guna beras basmathi pun sebab takde stok masa ni. Guna beras jasmine je..tapi tetap sedap.. Resepinya saya letak di bawah untuk sesiapa yang ingin mencuba.

NASI CARROT
Sumber Fp K.Liza, tq K.liza...

[b]bahan
6 caw beras bathmati....basuh dan toskan
2 caw carrot [potong dadu kecil]
1/2 caw susu cair
8 caw air
1 kiub ayam knorr
1 s/k gula
garam

Bahan Tumis
2 s/b rempah kurma
5 ulas bawang merah.]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk kasar
2 cm halia ]
3 s/b minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar.....mayang
daun pandan........simpulkan

**Saya tambah gajus dan kismis

Cara
1. Panaskan minyak sapi dalam Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendidih.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur.


Kami makan dengan ayam bakar madu ni.. sempoi jer... (Resepi ayam bakar madu ni ada kat SINI, tapi yang ni saya tak letak lada hitam.) Sorilah kawan2.. saya kalau bakar ayam memang macamni, kena buat rentung2 sikit..ekeke. Sebabnya kitorang tak makan kulit, kulit tu akan dibuang.. kalau bakar setakat kuning2 jer, hubby saya akan suruh masukkan balik dlm oven tu, bagi sampai jadi macam ni.. hahaha..


dan ulamnya cuma acar timun dan tomato... (senang jer nak buat acar ni. Timun, tomato, cili padi dan bawang besar dihiris. Campur semua bahan dalam mangkuk, masukkan garam dan gula, perah jus limau dan gaul sebati, siap..)

Lepas makan, kita minum air sirap pulak. Dah lama tak minum air sirap... rindu pulak nak minum. Kalau kat Malaysia, air sirapni kat mana2 kedai makan/restoranpun ada. Kat sini jangan haraplah. Sini, jus buah banyaklah tapi air sirap takde dalam senarai menu minuman. Kat pasaraya pun susah juga nak cari sirap dalam botol.

Jadi, nak hilangkan rasa rindu tu, saya buatla air sirap ni, tapi naikkan taraf sikit, perah lemon..ermmm..sedap! hilang dahaga, segelas tak cukupla pulak..ekeke..

Teringat kalau pi makan kenduri kendara, biasanya air yang wajib ada masa kenduri, air sirapla kan.. Tu diaa..kalau dah teringat tu, mulalah melalut macam2, sampai kenduri kendara semua nak cerita kan. Bukan apa, dah lama benar tak pi kenduri ni..hu hu..

Oklah selamat berhujung minggu untuk semua dan selamat bercuti untuk anak-anak di UAE (harini dah start Spring Break selama seminggu).

Fruits Salad lagi...

Salam untuk semua..

Cuaca kat sinipun dah mula suam-suam panas. Bermakna tak lama lagi kenalah berkurung di siang hari, petang atau malam baru boleh merayap..huhu..
Apa nak buatkan...berkurungpun takpelah kiah, janji ada benda yang boleh dikunyah.. :p hmmm.... asyik nak mengunyah jerrr... Jomlah kita makan buah banyak2, boleh diet..hahhah..




Muazla nih, suruh mama buat fruits salad yang sama macam yang dia buat kat sekolah masa aktiviti 'cookery' dia. Cikgu dia ajar buat buat benda2 yang senang2 jer macam sandwich, salad.. yang lain ntah.. mamapun lupa da.. Bukan susahpun buah2 campur susu pekat manis. Layan jer laa..

Sudi-sudikan ye...

Monday 22 March 2010

Coklat Chip Muffin


Muffin coklatni memang menjadi kegemaran Muadz (mama diapun samalah..segan plak nak ngaku..ekeke..) Walaupun senang banget nak membuatnya tapi kena tunggu angin rajin datang bertiup barulah menjadi. Sebenarnya, buat muffinni lebih senang dari buat kuih-muih tau..maksud saya kaedah dialah...menjadi ke tak menjadi tu lain ceritalah kan.. Kuih-muihni agak cerewet sikit nak buat, tambah2 lagi yang nak kena gentel satu-satu tu, tapi makan memangla sedap. Resepi cokcip muffin ni ada macam2 gak, pilih jer yang mana suka dan mudah.
Resipi Coklat Chip Muffin by Jun ni saya amik dari blog Kak Nor Secubit Garam, terima kasih kak Nor dan Jun. saya mintak izin letak resipi kat sini yer..



COKLAT CHIP MUFFIN

250gm tepung
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
175gm gula
150gm coklat cip
250ml susu segar
90ml minyak
1 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla
gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
gaul bahan basah dalam mangkuk lain n masukkan campuran bahan kering tadi. gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka (jun x isi ni). bakar selama 20min.


Saturday 20 March 2010

Ayam Goreng Jawa

Kalau anda rasa jemu makan ayam goreng stail yang sama jer, bolehlah cuba stail ini pula. Resepini saya dapat dari buku Chef Wan. Sesungguhnya saya memang tak tau asal resepini dari jawa ke bukan ye... Rasa ayam ni ala-ala ayam masak rendang dan percikpun ada juga...


Saya taip balik resepini dari buku Chef Wan. Sesiapa yang nak cuba tu, sudi-sudikanlah....

Ayam Goreng Jawa
Bahan-bahan:
1 ekor (1.5kg) ayam dibersih dan dipotong2
375ml (1 1/2 cwn) santan diperah drp 1 biji kelapa parut dan 375ml (1 1/2 cwn air)
60ml (1/4 cwn) air asam jawa
garam
minyak masak untuk menggoreng terendam

Dikisar halus:
4 tangkai cili merah
2 st ketumbar biji
2 biji buah keras
12 ulas bawang merah
1 batang serai-hiris halus
2.5cm lengkuas 2.5cm kunyit hidup
2 st gula melaka parut@gula perang

Cara:
1. Gaul ayam dengan bahan kisar dan semua bahan lain kecuali minyak masak. Renihkan di atas api sederhana hingga ayam empuk dan kuah pekat. Angkat dr api dan asingkan ayam dan kuahnya.
2. Panaskan minyak dan goreng terendam ayam hingga kuning keemasan. Tuskan.
3. Hidang ayam goreng dengan kuah selebihnya.



Friday 19 March 2010

Nasi Lemak Sambal Udang

Nasi lemakni memang tak jemu dimakan. Sampai bila-bilapun nasi lemak tetap menjadi kegemaran saya, asalkan bukan dimakan setiap hari berturut2la.. Biasanya saya akan buat nasi lemakni bila ada rasa teringin nak makan...haa masa tulah makan nasi sepinggan tak cukup..



Masa buat nasi lemakni..timun abisla pulakk.. tak kuasalah nak pi kedai semata2 nak beli timun. Jadi, kami belasah je daun salad buat ulam ngan nasi lemakni..ekekek..bukan dosa pun..layan jer la...ahaks..




Rasanya tak payah letak resepilah, semua org pandai buatni.. malaspun ye jugak..uhuu.

Wednesday 17 March 2010

Mee Rebus Mudah CMG

Tekakni teringin sangat nak makan mee yg berkuahni dah beberapa hari dah.. Buka peti sejuk tengok ada tauhu, ada daging.. ok lah tu.
So, malam tadi buatla mee rebus mudah resepi Mat Gebu ni. Nama jer mudah, tapi bahan2nya kelas uu.. yelaa, dah nak sedapkan, takkan nak boh bahan2 yg alakadar je..sebab tulah resepi2 CMG ni sedap2 belaka, betui dak kawan2 yg pernah cuba?

Terima kasih pada CMG krn berkongsi resepini. Saya dahpun mencuba 2 resepi mee rebus, yg ni resepi yg ketigalah. Semuanya sedap2 dan ada kelainan yg tersendiri.
Tapi, dah namapun malam baru berangan nak makan mee rebus bagai, saya redha je la guna apa bahan yg ada di rumah jer.. sikit jer bahan yg xcukup tu, yg penting bahan asas tu ada..jom layan..best tauuu...slruppppp!!!


Mee Rebus Mudah CMG

BAHAN KUAH :-)
500 g daging tetel, kerat2, cuci bersih dan toskan*
1 inci halia, dititik*
3 ulas bawang putih, dititik*(*rebus hingga tetel lembut)
300 g keledek, kupas, rebus hingga lembut dan lecek halus
1/2 cawan kacang tanah, goreng dan kisar halus
1 camca besar tomato puree
3 camca besar tauco, cuci dan tumbuk halus
2 camca besar rempah kari daging
1 inci lengkuas, diketuk
1 biji tomato, belah 4
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
5 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 batang serai, hiris halus*
1/3 cawan udang kering, rendam 10 minit, toskan*
1 cm kunyit hidup*(*dikisar halus)
Air secukupnya (anggaran 1 liter)

BAHAN LAIN :-)
Mee kuning, cuci dan celur sekejap, toskan
Taugeh, buang ekor, cuci dan celur sekejap, toskan
Tauhu, goreng dan hiris
Hirisan cili hijau dan merah
Hirisan daun bawang dan daun sup
Bawang goreng
Belahan limau kasturi
Telur rebus, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)

1.UNTUK KUAH :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar bersama lengkuas hingga harum, masukkan rempah kari dan tomato puree. Masak hingga garing, gunakan api kecil. Masukkan tetel bersama2 air rebusannya dan tauco tumbuk. Biar mendidih dan tambah keledek lecek (masukkan sekali air rebusan keledek), kacang tanah kisar dan tomato, kecilkan api dan masak hingga pekat (tambah air jika perlu) . Tambah garam secukup rasa dan juga gula (biasanya kuah mee rebus memang sedikit manis). Masak 4 - 5 minit lagi dan sesuaikan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama mee kuning dan bahan2 lain.

2.UNTUK MEE REBUS MUDAH :- Ambil mee secukupnya dan isi dalam mangkuk sesuai, letak taugeh dan tuang kuah bersama isi2nya. Hias dengan bahan lain dan perahkan limau kasturi sebelum dimakan.....Selamat mencuba dan selamat menjamu selera....



Monday 15 March 2010

Chocolate Banana Cake

Alkisahnya petang semalam saya buat kekni. Dah lepas Asar baru teringat nak membaking, jadi lepas maghrib baru dapat makan. Kiranya hubby balik keje tu terus ngap la kekni panas2. Sedap dan lembutla kekni, patutla dah ramai yg mencuba. Sebenarya ni kali kedua dah saya buat kekni, tapi yg kali pertama dulu agak bantat, so takdelah nak kongsi kat blog. Buat kalini sedap dan lembut..


Sebenarnya rupa kekni tak cantik, tengoklah berlekuk2 jer kat bahagian atas tu macam bantal kena gelek steamrol jer, tp alhamdulillah rasanya sedap. Walaupun rupamu tidak kukenal tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pojaan hatiku....kehkeh.. Biasalah hubbyku bukan suka sangat kek, esp yg ada rasa coklat cenggini. Tapi yang ni dia suka plak, siap minta tapau bawa pi opis (ntah2 nak amik hati jer kut ni..eheh)

Adunan kekni saya bahagi kepada dua bahagian, satu guna acuan loaf tin dan yang selebihnya saya bubuh dalam bekas cupcake tu. Yang dalam bekas cupcake tu dah 'selamat' dulu, tak sempat nak tayang badan..ekeke. Apa taknya, kuar oven jer, tukang masak dah ngap sebiji, pastu sebiji lagi, dan sebiji lagi, lagi dan lagi..haiyaaa sampai 5 biji tukang masak dah balun! best jadi tukang masak ni kan..ahakss...




Kalau ada sesapa yg nak mencuba, inilah resepinya...


Chocolate Banana Cake

(Stephanie Jaworski - Joy of Baking)

2 cups (400 grams) granulated white sugar
1 3/4 cups (245 grams) all-purpose flour
3/4 cup (75 grams) cocoa powder
1 1/2 teaspoons baking powder
1 1/2 teaspoons baking soda
1/2 teaspoon salt
2 large eggs
1 cup mashed ripe bananas (about 2 medium sized bananas)
1 cup (240 ml) warm water
1/2 cup (120 ml) milk
1/2 cup (120 ml) safflower or canola oil
1 1/2 teaspoons pure vanilla extract

Method:
1. Preheat oven to 350 degrees F (180 degrees C) and place rack in the center of the oven. Butter, or spray with a non stick vegetable spray, a 9 x 13 inch (23 x 33 cm) pan. Set aside.

2. In a large bowl whisk together the sugar, flour, cocoa powder, baking powder, baking soda, and salt. Set aside.

3. In another large bowl, whisk together the eggs, mashed bananas, water, milk, oil, and vanilla extract.

4. Add the wet ingredients to the dry ingredients and stir, or whisk, until combined. You will notice that the batter is quite thin.

5. Pour the batter into the prepared pan and bake for about 35 to 40 minutes or until a toothpick inserted in the center of the cake comes out clean.

Remove from oven and let cool on a wire rack. When completely cooled, frost with the Ganache.

Ganache: Place the chopped chocolate in a medium sized stainless steel, or heatproof bowl. Set aside. Heat the cream and butter in a medium sized saucepan over medium heat. Bring just to a boil. Immediately pour the boiling cream over the chocolate and allow to stand for 5 minutes. Stir until smooth. When Ganache has completely cooled, beat until soft and fluffy. Then spread the frosting on top of the cake. Can garnish with dried banana chips.

Serves 16 people.

***Saya tak buatpun ganache seperti dalam resepini, sebab 'rajin' sangat saya tabur gula icing je di atas kek iteww.


Saturday 13 March 2010

Ketupat Sotong

Salam untuk semua di hari Ahad ini...
Sebenarnya dah lama juga terasa ingin makan ketupat sotong ni. Seumur hidup tak pernah makan apatah lagi membuatnya. Baru-baruni pula, kawan di Abu Dhabi iaitu Amy tayangkan ketupat sotong yang dia buat di FB. Apa lagikan, daripada duk tertanya2 apakah gerangan rasanya, baiklah buat sendiri. Tengok resepi pun tak susah mana. Buka laci kabinet, jumpa beras pulut yang dah tinggal secoet, zaman bila punyapun tak taulah..tapi masih elok lagi. Cukuplah untuk beberapa ekor sotong yang sederhana besar tu. Saya buat tak banyakpun, sekadar nak merasa jer...

Terima kasih Amy kerana bg resepi dan cara2 membuat ketupatni. Seperti biasa, saya malas nak menaip, jadi saya cnp je resepi dr Makyong from Myresipi yg lebih kurang sama mcm resepi Amy juga. Thanks Makyong dan Amy... Cuma saya buat lain sikit je, beras pulut tu saya tanak dulu baru saya masukkan dalam sotong. Tujuannya supaya dapat pendekkan tempoh memasak sotong.

Ketupat sotong
Makyong@myresipi.com
ketupat sotong kelantan


Bahan-bahan ( 10 ekor )
10 ekor sotong sederhana besar
1 cawan beras pulut
2 cawan santan sederhana pekat
1 keping gula melaka
sedikit garam
gula secukupnya
sehelai daun pandan
10 batang lidi- 3-4cm panjang - sy guna toothpick

Cara-cara
1.Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
2.Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
3.Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
4.Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat. 5.Ambik sikit kuah tadi dan rasa sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula.






Friday 12 March 2010

Semalam..



Semalam lunch ikan pari bakar cicah air asam jer..Sayur takde, makan ulam2 sajer.. (sempoi je kami ni..) Ikan pari memang susah nak jumpa di sini. Dah nak masuk 3 tahun duk sini, baru tahun ni kami jumpa ikan ni.. mungkin sebab tak cari sampai ke lubang cacing kot.. ekeke.. Sesapa yang teringin nak makan ikan pari, bolehla mencuba nasib di pasar ikan dekat Carrefour Al Hudaiba. Tu pun kadang2 jer ada. Ikan cencarupun kekadang hubby jumpa di pasar ni. Dua jenis ikan ni memang spesis payah nak jumpa di Dubai.

Seperti biasa hari Jumaat ialah hari cuti kat sini. Kadang tak masakpun, jalan2 cari makan. Tapi semalam, rasa nak masak sempoi2 sebelum keluar. Hubby duk sebut2 nak gi Ikea. Tapi apa yang terjadi, tukang masak kekenyangan la pulak lepas makan, rasa ngantuk...huhuu.. Maka tak jadila keluar ke mana2. Malamnya, lepas maghrib, Muaz pulak muncung panjang sebab tak gi mana2, hubby bawalah dia keluar gi beli magazine feberet dia dan juga donut di Spinneys, barulah senyum sampai telinga.. Itulah kisah semalam..

Tuesday 9 March 2010

Ikan Kukus

Lama juga dah saya buat ikan kukusni. Saya agak jarang mengukus ikan berbanding bakar. Malas nak angkat periuk kukus.. he..he..

Ikan yang saya guna ni ialah ikan bawal putih. kukus sempoi je ni..mkn panas2 memang sedap, tambah2 lagi kalau kalau ada sambal kicap. Resepi, nanti dulu lah yer..nak gi tido jap, ngantuk pulak pagi2 yg mendungni.. krohhhhhhhhh...zzzzzzzzz...





Amboii..lama benarnya tuan umah pi tido..hahaha..
Sebenarnya ginilah kalu penyakit M sudah datang. Ok lah, sekarang jugak saya taip resepi ikan kukusni. Resepini saya amik dari buku Chef Wan. Tapi saya buat ikut bahan yg ada je. Saya taip balik ikut cara yg senang je la. Bahan-bahan tu buleh agak2 sendirilah ye..

Ikan Kukus
Bahan2:
Ikan siakap/merah - sy guna bawal putih
sos ikan
tepung jagung
daun ketumbar
daun bawang
tomato-dipotong ikut suka -sy tambah

Bahan untuk dihiris halus:
bawang putih, halia, serai, cili merah, cili padi, daun ketumbar/daun bawang, daun limau purut, bunga kantan.

Bahan perasa
garam, gula, jus limau kasturi, pati ikan bilis serbuk, tepung jagung

Cara:
1. Perap ikan dgn sos ikan dan tepung jagung (10 min).Bubuh dlm bekas yg sesuai utk dikukus.
2. Campur tomato, bahan hiris dan bahan perasa. Tuang atas ikan, kukus di atas air yg mengelegak selama 5 minit.
3. Hias dgn daun ketumbar/daun bawang dan hidang panas2.

Saturday 6 March 2010

L.I.M.A

Salam untuk semua.
Harini skip cerita tentang dapur berasap.. Cerita tentang Mufid pulak, dah lama tak interprem, auntie2 dah rindu ngan dia..hehe..ada ker orang rindu kat jejaka ni? Takpe, takde orang rindupun Mufid tak kisah punya..ekeke..




Masa umur 4 bulan, berat Mufid ialah 6.5kg. Saya bawa Mufid ke Iranian Hospital. Alhamdulillah, setakatni puashati dengan hospitalni. Paed sangat bagus dan perkhidmatan di sini cepat. Setiap kali sister nak beri suntikan, kita sebagai ibu bapa disuruh pegang/pangku sendiri baby. Nurse yang beri suntikan tu pulak baca Bismillah dan Selawat sebelum menyuntik anak kita.

Berbanding sebelumni, di Hospital Al Rafa, sister akan bawa baby ke bilik dan ibu bapa tak dibenarkan masuk untuk melihat semasa baby itu disuntik. Mungkin tujuan mereka tidak mahu ibu bapa berasa ngeri atau takut. Owhhh.. cara mereka memang betul2merisaukan saya. Saya tak yakin cara begitu, ntah apa jadi kat anak kita masa dia suntik tu, kitapun tak tahu. Perkhidmatan pula amat lambat kerana patient sangat ramai, paed seorang sahaja. Inilah salah satu sebab saya bertukar ke Iranian Hospital walaupun jarak hospitalni jauh sikit dari rumah. Paediatrician di sini juga ada 3-4 orang. Masa menunggu sangat singkat dan bayaran juga berpatutan. Amat perlu memilih hospital yang berpatutan dan meyakinkan kerana di Dubai ni kos perubatan bukanlah murah dan saya membayar sendiri kos itu.

Ok, itu serba sedikit tentang hospital untuk pengetahuan dan sekadar berkongsi. Kembali semula cerita tentang Mufid. Esok, genaplah umur Mufid 5 bulan, sudah boleh meniarap masa umur dia 4 bulan 19 hari. Sejak dah boleh meniarapni, pantang letak je kat tilam, asyik nak meniarap je kejenya.. Dia juga boleh terbalikkan badan sendiri, jadi kita tak perlu nak kalihkan dia. Setakatni dia masih lagi menyusu badan secara eksklusif, tak campur apapun lagi. Sebulan lagi, cukup 6 bulan barulah saya akan bagi dia makan. Sekarang ni pun kalau tengok orang makan, lidah dia mulalah menjilat bibir..hehe terliurla tu..eheh..
Tangan papa pun dia nak makan ha... ingat ayam goreng ke?
Macamni lah saya golek-golek.....

tunjuk skill golek....




wit abang muaz...




Senyum dan gelak nombor satu...





pok amai-amai...





Mufid teruja semasa lawatan sambil belajar ke Burj Khalifa...

Wednesday 3 March 2010

Tauhu Sumbat

Terlioq tengok tauhu sumbat di merata2...
Sebenarnya selalu jugak beli tauhu, tapi guna untuk masukkan dalam mee/mihun jer..malas betul nak buat tauhu sumbatni.. Bila tengok orang lain duk buat, mulalah teringin nak makan. Baru2ni tengok puan abbot buat tauhu sumbat makan dgn sos popia resepi Kak Nor... sungguhla terliur.. Maka, sayapun makan tauhu sumbat kalini dgn sos popia resepi Kak Nor jugak...waahhhh..sedap betul. Thanks K.Nor kerana berkongsi resepi dan Abbot kerana bg idea..

Sos Popia -Kak Nor

5 sudu besar cili mesin
2 cawan air
1 sudu besar kicap manis
nisan/gula melaka
air asam jawa/cuka
2 sudu besar bijan ~ disangai dan tumbuk kasi pecah2 sket

Masukkan kesemua bahan kecuali bijan.
Renih hingga hampir pekat dan masukkan bijan.
Rasa la masam manis dia dan ikut kepekatan yg disukai.
Padamkan api dan biarkan sejuk baru la digunakan.




Tuesday 2 March 2010

Award drp Watie

Beberapa hari lepas dapat award yang cantikni daripada teman fotopages iaitu WATIE. Terima kasih daun keladi yer watie..akak suka sangat, memang dah lama tak dapat award cenggini sejak pindah ke blog...thanks, lap u...


Masak Lemak Cili Hijau Udang

Masak lemak cili hijau udang ni ialah masakan yang mak saya suka buat. Dulu, kalau ada udang jer, mak saya mesti masak macamni. Sejak kena berpantang tak boleh makan udang, mak jaranglah buat ni lagi. Ni kalau teringat nak makan, kena la buat sendiri, tapi tetap tak sama dgn yg mak buat, huhu.... Santan tak cukup sebab tu kuah nampak cair sikit, takpela sendiri nak makan jer..hehe

Masak Lemak Cili Hijau Udang

Bahan-bahan:
Udang secukupnya (nak banyak mana pun taruk jer) - dibuang kepala dan dibuang uratnya
* 10 tangkai cili hijau (agak2) - belah dua, buang biji dan tangkai
* 2 batang serai - diketuk
* 3 ulas bawang merah - dikisar
* 1 ulas bawang putih - dikisar
* kunyit hidup, sebesar ibu jari - dikisar
* sedikit belacan - dikisar
3 cawan santan cair
2 cawan pati santan
buah tomato - dibelah 4
garam

Cara-cara:
1. Masukkan santan cair dan bahan2 yg bertanda * ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana sambil dikacau.
2. Apabila cili hijau sudah setengah masak, masukkan udang, buah tomato dan pati santan.
3. Tunggu seketika sehingga udang masak, sambil dikacau. Perasakan dgn garam. Tutup api. Hidang...