Followers

Sunday 6 June 2010

Sepetang yang hangat...

Salam...

Musim panas datang lagi. Di musim panas ni, kena kurangkan aktiviti luar. Cuaca memang sangat panas, suhu sekarang berada di tahap 40 darjah celsius dan lebih. Seawal 5.30 pagi matahari dah mula muncul. Tidak lama lagi cuti sekolahpun akan bermula. Cuti 'summer break' yang panjang iaitu selama 3 bulan. Cuti inilah yang ditunggu-tunggu oleh semua kerana inilah masa untuk pulang bercuti ke tanah air tercinta. Penduduk tempatan pula akan keluar dari negara ini untuk melancong.
Bagi kami sekeluarga, musim panas kali ini ialah yang terakhir. Tiga tahun yang lalu, kami datangpun masa musim ni juga. Masa tu, terkejut sangat masa keluar dari airport, bahangnya macam duduk dekat pemanggang api rasanya, maklumlah baru pertama kali. Aduh..panas duniapun dah tak tahan...
Sori ye, membebel pulak..tak tau nak tulis apa sebenarnya..tu yg merapu tu..ekeke.. Nak tepek gambar masak2pun sekarang dah takde menu baru. Masak2 yg sempoi je..alasan yg terbaik ialah perkakas masak dah takde. Ok, layan jer lah gambar budak dua beradikni berposing.

 



 





Kat belakang kurma sedang menguning, tak lama lagi bolehla petik.






Walaupun dah petang, tapi kat luar tu masih panas..


 
 


1 comment:

  1. salamm ZaiY...selamat pulang, bila berangkatnya?...harap2 dah ada kat Msia kita dpt jumpa...nak sgt jumpa...salam sayang wat muaz n mufid...tayang gigi erk...amboi2!...ok..take care!!!

    ReplyDelete