Followers

Wednesday 30 December 2009

Air Barli Lemon

Saya memang suka minum air barli. Tetiba jer teringat nak minum air barli lemon ni bukan apa...Masa balik bercuti di Malaysia tak lama dulu (dah setengah tahun dahpun) minum air barli yang dicampur lemon kat satu kopitiam di Seksyen 7, Shah Alam. Teringat2 lagi kesegaran air tu.. sayapun terusla buat s..e..n..diri .. dan minum s..e..n..diri...
ERrrrmmmm.... sedaPPP, segaRRRR dan berrrrrkhasiat.perghh.. macam iklan kat tv je..huhu..



Jom minummm..

Saturday 26 December 2009

Sup Sayur Campur

Alkisahnya adalah seorang dalam rumahni tengah berdiet, malam2 dah tak makan nasi. Tabikla kat orang tu...bini dia gak yg tak sampai seru lagi, asyik nak melantak jer kerojernya..kih3.. Sup sayur ni buat untuk makan malam, request drp hubby lah ni..dia nak meratah sayur je. Resepi tak payahla kan, campak jer sayur yang ada dlm fridge tu. Nak sedap lagi tambah udang. Kebetulan pagi tu saya ada buat fishball (homemade), jadi saya campurlah sekali ngan sup ni. Muaz memang hantu fishball, dia tukang kutip fishball je lah..sapa yang rasa nak buat fishball sendiri boleh klik sini.
Sedapnya hirup kuah sup panas2 di kala cuaca yang sejuk2 ni...slrppp!!




Wednesday 23 December 2009

Mee Udang (resepi 2)

Sejak dua menjakni perut asyik rasa lapar manjang, mulut plak asyik nak ngunyah jer sokmo..ishh3... mungkin sebab sejuk jadi lapar kut eh..salahkan musimla pulakkk..ngeeee.. Bukan rajin sangatpun nak masak2, tapi dah nak makan kenalah masak.. takkan nak harap makanan turun dari langit pulakkan..heeeheee...

Mee udang memang dah byk kali buat, tapi kalini cuba resepi lain pulak. Resepini daripada Che Iza (myresipi). Thanks Che Iza, mmg sedap mee udangni, langsung tak membazir, laku sampai habis!



Mee Udang
che'iza@myresipi.com

Bahan-bahan ( 3-4 org )
1/kg mee kuning - saya guna spagetti
300 gm udang saiz L (belasah jerlah saiz apapun eh)
4 sb lada boh / lada giling
*4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 sb udang kering
*1/2 inci halia
1 sb petis - saya ganti dgn kiub pati ikan bilis
3 sb sos tomato
1 sb sos cili
keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)
gula n garam

taugeh n sawi
daun bawang n bawang goreng

Cara-cara
1.Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jg buang....
2.Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
3.Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah 4.Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama sedap....
5.Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh...
6.Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.....

Tuesday 22 December 2009

Ikan Pari Bakar

Ikan pari memang kurang popular di sini, sungguh payah nak jumpa ikan ni. Ikan jerung lagi senang nak jumpa dari ikan pari (orang sini makan jerung oo.. kat pasar banyak jual anak2 jerung). Klau kat mesia menimbun ikan pari kat pasar kan.. Baru-baruni hb perasan ada ikan pari kat pasar yang dia selalu pegi tu. Diapun rembatlah seekor. Adapun 2 ekor je masa tu.(kalau iye pun rembatlah dua2 sekali..ishhhh2). Maka, sayapun bakarlah ikan ni sebab dah lama merindu ikan pari bakar... cicah dengan air asam..perghh...nyaris2 nasi abes seperiuk. mihahaa...

Bakar biasa2 jer..perap ikan ni ngan garam, serbuk kunyit, air asam jawa dan pes cili sikit. Balut ngan aluminium foil (sbb xde daun pisang) pastu bakar dlm oven.Ikan ni kena cuci betul2, saya guna air lemon dan tepung untuk cuci ikan ni. Mak saya ajar guna tepung(+air sikit) untuk cuci ikan/ayam (selain drp guna asam).





si penjual ikan kat pasar tu potong ikan ni kecik-kecik bebenor..hmmm..hantam je lah labuu..


Saya suka air asam yang ada kerisik, memang best. Selain daripada pekat, rasapun lain dari lain..tak caya cubalaa.. (boleh cicah daging bakar/daging rebus juga)

Air Asam

Bahan-Bahan:

Asam jawa (agak2 je nak banyak mana, rendam kejap dlm sedikit air panas, amik jusnya)
1 biji limau kasturi/lemon/limau nipis (amik jusnya)
5-6 tangkai cili padi(boleh tambah ikut suka)- hiris halus
1 labu bawang besar - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
1 inci belacan
1 sk kerisik
1 sb gula
1 sk garam

Cara:
Masukkan semua bahan dalam mangkuk, tekan2 dgn menggunakan garfu hingga semua bahan nampak sebati.Nak guna cara apapun xkisah, janji sebati dan tergaul semua bahan tu..selamat mencuba...

Friday 18 December 2009

Mufid @ 2 Bulan

Mufid dah 2 bulan (lebih).Dua minggu yang lepas bawa Mufid pi Iranian Hospital untuk imunisasi. Berat dia masa tu 4.9kg, tinggi 57cm. Masa kena cucuk tu menangislah sekejap tapi lepas tu senyap macam takde apa2 yang berlaku..tahan sakit juga anak mama ni ye..

Sebelum masuk 2 bulan dia dah belajar2 senyum bila diagah..Sekarang dah terer dah senyum dan gelak. Selain senyum, mufid suka ngences dan buat buih dengan air liur dia..abes basah leher baju..huhuu..tak caya, tengokla gambar kat bawahni..
(orang tua2 kata masa ngandung, mengidam nak makan sesuatu tapi tak dapat)..rasanya tak betul.. sebab kebanyakan budak2 memang macamni..sapa rasa betoi angkat keyboard!! heeee...




syayer bowink takda keje....

tengokla syayer buat apa?


tomotnya..anak sapalah nie?

Ishhh3x...amik tisu lap sendiri..


close up...heeeheee...




senyum camni laa..



hahaaa.. mama wat lawakla pulak, tak gelak kang kecik ati..





Jom gelak sama2. haahaahaaa....




Adoila..penat gelak, mama ni kelakar sungguh.. ;p





syayer dah penat gelak, saya nak minum kopi plak...huwaaaa..

Thursday 17 December 2009

♥Baby Bread Pudding™

Baby bread pudding ni buat petang semalam. Petang yang sejuk terasa nak makan yang panas2. Lagipun tak susah manapun nak buat ni. Sambil2 kejar2 tengok mufid dan kejar2 ke dapur (macam marathon ler pulak) ..siaplah baby bread pudding ni. Memang sedap makan panas2...nampak garing sikit kat luar tapi sangatlah lembut di dalamnya..thanks untuk penyumbang resepini iaitu Kak Fida (my resipi).

♥Baby Bread Pudding™ (Kak Fida @ Myresipi)

Bahan-bahan ( 6 keping )
2 keping roti putih
2 sb tepung jagung
3 sb gula halus
100 ml susu cair
2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
1-2 titik esen vanilla
sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (akak tk tabur pon)
mangkuk muffin - disapu majerin

Cara-cara
1.Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
2.Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
3.Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
4.Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
5.Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
6.Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing diatas puding.
7.***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.

saya letak hirisan kurma dan kepingan badam je sbg eksesorinya.. makan seketoi nak lagi, seketoi nak lagi..
Cuma yang lecehnya Muaz pulak tak suka kurma n badam tu, dia nak makan kita kenalah korek segala eksesori tu. Siap kata lagi kalau ada kurma sedap sikit (ni ayat taknak bagi mama dia marah, pandai tu nak cover), tapi kalau takde kurma lagi sedap katanya..




Monday 14 December 2009

Ayam Bakar Lada Hitam Dengan Madu

Ayam bakarni salah satu menu feberet sayalah sebab nak buat senang sangat dan rasanyapun sedap. Dah banyak kali buatpun termasuklah masa berpantang haritu. En hubbypun dah pandai buat ayamni maklumla senang... ok lah tu sebab hubbyku itew bukan terer masak mcm org lain, baru nak bertatih, tu pun kena masak masa saya berpantang je, tak sampai 10 hari dia masak sebab pastu dia dah keja. Resepini saya amik kat fp Mamasya, tapi sy dah post dlm entry dulu, boleh klik SINI kalau nak tengok atau nak copy..

Cuma untuk yang sdg berpantang tu tak payah letak sos tiram, marjerin pula tukar minyak zaitun. Walaupun ubah sikit resepi tapi rasanya tetap sedap pada tekak sayalah..
Sayur2 tu terpulang masing2, saya celur jer, stimpun boleh..


Sedap makan panas2, sori yer yg ni versi rentung sikit, tapi bukan isi yg rentung, kulit jer.. Sengaja buat rentung sikit sebab dua2 orang dalam rumahni suka makan pesen rentung punya..kahh3.








Wednesday 9 December 2009

American Chocolate Cake

Kek coklatni dah buat 4 kali dah. 1st time buat masa besday hubby awal bulan 11, masa tu still dlm pntang lagi. Lepas pantang, dah 3 kali buat kek ni tapi kalini lah baru dpt enterprem kat sini, yang ni buat untuk besday muaz. Amboi..sampai 2 kali buat kek ni untuk besday dia. Sebenarnya besday muaz sehari sebelum raya haji , dah buat dah sebijik. . Kalini buat lagi bukan dia yg minta pun, saja jer teringat nak makan, konon2 kek besday muaz lagilah ni, padahal mama yg nk makan..kwang3x. Masa pregnant haritu langsung tak lalu nk jamah kek. Memanglah bukan saya yg balun semua, tapi setiap kali buat tu mestilah tukang masak nak rasa kan. Kalini tahap rasa bukan sepotong dua, tapi berpotong2..mak aiii!!

Kalau tengok resepi kekni lebih kurang jer bahan2nya mcm kek coklat yg lain tu, tapi heran yer kek yg ni sedap sgt..huhh bahaya betul bg bot bot kecil..ahakss..
Resepi kek ni saya copy frm fp Mamasya, thanks yer..
Mmg sungguh simple dan mudah nak buatpun..sapa nak cuba, resepi ada di bawah yer.. cubala cubalaaaa....keh3




American Chocolate Cake
Sumber : mamasya
BAHAN
2 cups flour*
2 cups granulated sugar-guna caster sugar
3/4 cups cocoa*
2 tsp baking powder
* 2 tsp baking soda*
2 eggs 1 cup of milk (fresh)
1 cup of corn oil
1 tsp vanilla essence
1/2 tsp salt
1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water

Cara;
1.Ayak bahan * sekaligus
2.Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air
3.Masukkan bahan yg diayak,air dan susu.kacau kejap dgn senduk kayu.
4.Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min bergantung pd oven masing2...

Untuk topping pula saya ambil resepi dr resepi kek yg sy buat sebelumni, sng n simple je topping ni.

** Topping **
1/2 cawan koko van hauten (jenama lainpun ok)
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk


Tuesday 8 December 2009

Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Kesian betul tempoyakku, dah lama kesejukan dalam peti ais, tuan dia tak pedulikan dia..huhuu.. Sebenarnya tempoyakni bawa balik ke sini masa cuti bulan 7 haritu lagi, tapi jarang sangat makan sebab takde kawan nak makan sesama. Pakwe tak suka tempoyak padahal dia hantu durian! nak makan sensorang memangla malas dan tak best. Ntah camana harini teringat pulak nak buat sambalni..ooo baruku tau harini stok ikan dah abis dalam peti sejuk, yg ada cuma ayam dan daging je, jemu pulak nak makan tu. Jom kita makan sambal tempoyak ikan bilisni ngan nasi panas2..gerenti meletop!!

Resepi ni daripada Myresipi tapi saya copy dr fp Rahaniss, terima kasih ye..Nama asal dlm resepini tempoyak masak, pepandai je aku tukar, minta maaf byk2.

Tempoyak Masak
Sumber : myresepi

Bhn
15 sudu besar tempoyak
4 biji cili besar - xde
4 biji cili api - saya gantikan dgn cili kering
sehelai daun kunyit - xde
sebatang serai
sedikit garam
segengam ikan bilis yang dah siap disiang

Cara-cara
tumbuk cili besar dan cili api.tak payah lumat sangat pun takpe
daun kunyit dihiris halus-halus
serai dititik
campurkan tempoyak,cili besar dan cili api,serai,daun kunyit dan ikan bilis.kacau rata-rata...tambah air skit jika kering sangat...
masak atas api kecil selama 1 ke 2 minit je.dah siap!..sedap dimakan dengan ikan goreng atau ayam goreng atau ulam.


Friday 4 December 2009

Mee Ladna

Sejuk2ni memang sedap kalu ada makanan berkuah yang panas2..pergghh slrrppp jer hirup semangkuk. Teringin sangat nak makan mee ladna, bangun pagi terus jer ke dapo buat operasi. Seperti biasa saya guna spagetti untuk gantikan mee. Kebetulan memang ada stok fishball dalam freezer dan tambah sayur-sayuran yg ada dlm peti ais tu jer. Memula kononnya nak makan masa bekpes tapi kenyang jugak sampai ke petang. Malamnya rebus spagetti lagi sbb yg siangnya dah habis, kuahnya ada lg cukuplah untuk makan 3 beranak malam tu. Muaz mmg suka sangat makan mee yang berkuah macamni.Bukan Muaz jer sebenarnya, kami sekeluarga SUKAAA...heeeeeeee..syoknya mama tak payah masak nasi dan buat lauk..yeayy!
Terima kasih kepada penyumbang resepi iaitu minami133. minta maaf kerana tukar dan tambah sana sini.



Kueh teow ladna
minami133@myresipi.com


Bahan-bahan ( 2 org )
kueh teow (saya guna spagetti)
3 ulas bawang putih dicincang kecil2
2 sudu minyak
2 sudu sos tiram
sekeping dada ayam - sy guna daging
lobak merah
kobis bunga
2 sudu besar tepung jagung
cili padi
kobis - sy guna capsicum
air
garam dan secubit ajinomoto
*sy tak guna ajinomoto, tp tmbh lada hitam (tumbuk)
buah tomato -dibelah ikut suka dan fish ball(sy tambah)

Cara-cara
1.panaskan minyak. masukkan bawang putih dan goreng sehingga kuning. masukkan ayam yg dipotong kecil2.
2.Bila ayam dah masak, masukkan sos tiram. goreng seketika. masukkan air mengikut keperluan.
3.masukkan lobak merah terlebih dahulu.
4.bila dah nak mendidih masukkan kobis bunga, cili padi, kobis, garam dan ajinomoto. masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah.
5.Setelah kuah mendidih bolehlah dihidang bersama kueh teow.



Salmon Lada Hitam

Seperti biasa saya suka masak yang senang dan cepat aje (malunya kat kawan2 yg rajin tuuu..). Salmon lada hitam ni memang senang sangatlah nak menyediakannya, maklumlah ikan ni dahla tak payah nak cuci dan nak menyiangnya teruk2. Cuma bersihkan dan terus perap je..huh senang sungguhla..cuma yang tak senangnya rege dia..hukhuk..
Masa dalam pantang haritu selalu sangat letak lada hitam dalam masakan, terbawa2 pulak sampai sekarang. Memang bagus jugak kalu diamalkan..boleh memanaskan badan..tambah2 di musim sejuk ni kan.. Jom tengok resepi mudah ni.



Salmon Lada Hitam

Bahan-bahan:
Sekeping ikan salmon
2sb minyak zaitun
1 sb lada hitam *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
* bahan ini ditumbuk lumat
sedikit garam
sedikit minyak zaitun untuk membakar

Cara Menyediakannya:
Lumurkan ikan salmon dengan semua bahan di atas, perapkan 15 minit atau lebih.
Panaskan non stick pan, tuangkan sedikit minyak zaitun ke dalam pan tersebut dan letakkan ikan salmon, bakar sampai masak, sambil di balik2kan ikan tersebut supaya rata masaknya.
*Untuk sayur-sayuran pula, celur @ stim jer sayur kesukaan masing2..(saya guna brokoli, bunga kobis dan karot)
*Kalau rajin buat sos lemonpun sedap makan ngan salmon ni, tapi saya tak rajin nak buat, lain kali kalau rajin, saya buat sos lemon pulak..hehee..