Followers

Tuesday 24 November 2009

Rendang Daging Hitam

Salam semua..

Dah lama benar tak masukkan resepi dan gambar makanan kat sini. Sekarang malas betul nak menerai resepi2 baru, maklumlah dah ada pembantu kecik tu..baru je mama nak langkah kaki ke dapo dah berbunyi..
Oleh sebab itulah (kununnya) dan ketidakrajinanku juga, maka kupilih2 saja resepi yg senang ni untuk dicuba.
Ni dia satu lagi resepi masakan daging yang sonang baitu.. Walaupun namanya rendang, tapi bahan2nya tak banyak macam rendang yang biasa tu dan nak buatpun senang sangat..i loikeee.. Resepi ni asalnya daripada Kak MadihaA, tapi saya cilok dari fp Mamasya. Terima kasih kepada kedua-duanya. Kalau tukar daging dengan ayampun rasanya boleh, nanti nak try versi ayam pulak..mesti rasa nya ala2 ayam masak bali giteww..



RENDANG HITAM DAGING
Sumber; FP MadihaA

Bahan2
500g daging
20 tangkai cili kering *dikisar
4 cm halia
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai dititik
4 sudu besar kicap pekat - ganti 6 sb kicap cair
sedikit minyak untuk menumis
1 tsb cuka
2 s/b kerisik
sedikit garam dan gula.
daun pandan untuk wangi ( jika suka )

Bahan tumis:
4 ulas bawang kecil di hiris
1 kulit kayu manis
3 tangkai bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara Penyediaannya


Cili kering, halia ,bawang besar dan bawang putih di kisar halus. Panaskan minyak serta tumis bawang kecil yang di hiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga berbau wangi. Masukan bahan kisar dan biarkan sehingga hilang bau cili,masukan daging yang telah di potong kecil dan serai.
Tambahkan sedikit air dan kicap. Tunggu sehingga daging empuk. Masukkan kerisik, cuka, gula dan garam mengikut selera.
Biarkan sehingga kuah agak pekat sedikit. Sedia di hidangkan.

Monday 23 November 2009

Lebai Dubai..

Salam semua..

Tiinggal beberapa hari saja lagi seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Oleh itu, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan....
Salam Eid ul Adha kepada keluarga, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang mengunjungi blog ini.
Semoga kita sentiasa dirahmati dan diberkati olehNya.
Harini takde citer apapun, layan jer la aksi pak lebai ngan jubahnya iteww.. tak sabar nak gi sembahyang raya nih..





Jom bersenam..


Satu dua lapan..lapan lagi..



Eh, mana serban pak lebai?

Monday 16 November 2009

Mufid dah sebulan lebih...

Salam semua....

Akhirnya dapat juga upload gambar, tapi jenuhla konar sana konar sini baru berjaya. Sekarang ni dah tak sempat nak masak2 yang canggih-manggih, maklumlah baby Mufid ni bukan suka tido lelama (tak macam mak dia, tido tu hobi..wakaka), dia ni suka berjaga dari tido...huhuu..TAPI, bukan berjaga 'kosong' jerk.. Mahu 'bergayut' pula, kata orang jawa mengempeng. Diani ngempeng nombor satu! Bila ngempeng kejap je lena, bila diletak je kat tilam, tiba2 jer berbunyi, bukan sebarang bunyi, semakin lama bunyi semakin kuat wooo.. Hmm..kadang2 tak boleh nak buat apa sangat, sampai nak mandi dan makanpun kena berkejar2. Kalau didukung atau diriba..hmmm..terus jer ZzzzZzzz... tapi mak dia malasla nak dukung2 jer, kang manja pulak,,,,... Diani tak suka ditinggalkan sorang2, kalau ada Muadz atau hubby dia ok. Kalau takde sapa2 mulalah nak ngempeng jer kejenya...nak jadi pengempeng tegar agaknya..muwakaka..

Baru2ni Mufid ni terkena ruam kat pipi dia, abislah merah2 muka dan comot-momot jadinya. Letak krim yang doktor bagi, lagi teruk pula ruam tu, agaknya tak sesuai dengan kulit dia. Saya letak gel aloe vera pun tak serasi juga. Pernah juga baca petua, letak tepung ubi untuk hilangkan ruam tu, saya letak tepung jagung sbb sini takde tepung ubi. Digelak si Muadz pulak sebab muka adik dia dah macam tepung gomak..wakaka.. Rambut dah kena cukur minggu lepas(sebab tu dia tutup kepala, malu katanya..hehhe). Sebenarnya rambut dia tak kemas, hubby cukur tak habis sebab tak reti, takut dan pencukur tak sesuai. Kena sambung minggu depan pula. Kesian dia, rambutnya dah jadi bertobek-tobek..hhahaha..

Gambar2 kat bawahni ialah gambar yang terbaru dak Mufid, ramai kawan2 duk tanya bila nak letak gambar baru, family pun sama, nak tengok dak ni. Hari ni Mufid dah sebulan lebih umur dia (38 hari, mama ada lagi 6 hari lagilah nak habis pantang..yabedabeduuu!!.


Saya Mufid, dak comot...



Saya tak suka tido, suka ngempeng..beshh!




ada gaya tak?




tutup sikit pipi yang comot..


HHahaaahaaaa...saya dah jaga... mana mama saya? mesti nyorok nii...


saya tak suka tido lama tau..



cantik tak bantal saya? ni satu2nya bantal abang muadz masa kecik2, bawa dr msia ni..jgn tak tau (8tahun umur bantal ni) patutla bau shedapp...


Jom nyanyi lagu..waaa..waaaa..

Monday 9 November 2009

Cerita tanpa Gambar...(dah ada gambar : update)

Salam dan apa khabar semua. Pertama sekali saya nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada rakan2 dan pembaca2 yg sudi berkunjung ke blog saya yang dah lama bersawang ni. Tak lupa juga ucapan terima kasih ini untuk semua yang memberi ucapan kelahiran baby Aydin Mufid. Ramai juga yang minta saya postkan gambar terbaru baby. Sebenarnya bukan saya tak nak masukkan gambar terbaru, tapi usaha nak upload gambar asyik gagal , tak tau kenapa, saya ni buta i.t. Bila klik kat fail gambar tu kuarla menatang nih 'RUNTIME ERROR'. Ada sapa2 tau tak nak buat cemana untuk nyahkan menatang anasir yang bernama 'runtime error' tuh? wakaka.. Bukan blog
je tak boleh nak upload gambar, FB pun sama gak, kuar anasir tu jugak. ayoyooo..

Terlanjur menaip harini, rasa nak stori la sikit, bukan apa kesian jugak kat kawan2 yg berkunjung ke sini, takde apa nak ditengok dan dibaca, tapi tuan blog nak berblog sangat..muhahaa..tapi nak stori apa yek..Dah lama tak stori mori, hilang idea pulak. Citer tentang pengalaman bersalin hari tu ok kut.

Masa saya peknen dulu, saya selalu baca pengalaman2 orang bersalin kat forum2 dalam internet. Bukan apa, pengalaman2 orang ni ada macam2, jadi boleh juga saya jadikan pengajaran untuk diri sendiri. Pengalaman bersalin saya kali kedua ni biasa aje, takla menarik sangatpun. Tapi, lain orang lain pengalaman masing2 kan. Yang pastinya setiap wanita yang bergelar ibu takkan melupakan detik2 melahirkan seorang hamba Allah ke dunia ni.

Ceritanya bermula beginilah lebih kurang....
8 Oktober, jam 5 pagi, saya bangun untuk solat subuh. Ketika inilah saya dapati ada darah yang keluar. Dalam hati rasa lega, (mana tak lega, dah tak larat nak bawa perut sebenarnya) dan secara otomatiknya dah taulah baby akan keluar, bila? tak pasti..hari itu atau esoknya? tapi saya yakin baby akan keluar hari itu juga sbb darah yang keluar tu agak cair.

Sebenarnya hari tu kebetulan ialah due date berdasarkan scan (ultrasound due date), dan due date kiraan period ialah 14Okt (lagi 6 hari). Sehari sebelumnya, saya ada appointment dengan dr Saleena. Masa appointment tu, dia tanya saya ada rasa skit2 lagi tak? Saya kata takde. Selepas membuat pemeriksaan, dr kata kepala baby still tinggi lagi, maknanya lambat lagi lah tu..huh. Saya risau gak takut overdue. Dr pun suggest kat saya supaya banyakkan berjalan kaki. Jadi, masa nak balik dari hospital tu saya pun jalan kaki lah ke rumah, heehee..bukan jauhpun hospital ngan rumah, adalah 6-7 minit gitu. Lepastu sambung gi kedai pulak jalan kaki, kununnya nak menyahut seruan dr lah kan. Bukan senang woo nak jalan kaki kat sini di bawah cuaca panas waktu summer, memang berpeluh2 dan terbakar kulit. Akibat daripada berjalan kaki dari hospital dan langsung ke kedai tu, perut saya rasa semacam jer sakitnya, kepala baby dah turun kut, kata saya dalam hati..heheee..

Ok, sambung balik citer tadi. Pagi tu, saya masak2 mcm biasa untuk hubby bawa bekal ke opis. Mulanya, saya ingat hubby nak cutilah rupanya dia nak pi keja, maklumla tengok bini dia mcm tak sakit. Lagipun sayang cuti sebab nanti nak amik cuti untuk jaga saya dalam pantang lagi. Tapi dia akan balik awal dari biasa, dan suruh call cepat kalau ada apa2 hal.

Lepas Muadz gi sekolah, hubby g keja, saya buat aktiviti mcm biasa duk depan internetla..masa tu tak sakit sangt, rasa mcm senggugut jer, masih boleh berYM ngan anak buah lagi. Masa tengah sakit2 mcm senggugut tu, saya tengok2 jam juga, sakit tu datang dalam 15 minit sekali, kadang 10 minit dan ada 8 minit..tapi sakitnya masih boleh tahan, kalau tak, takkan boleh duk Ym bagai.

Pukul 4 petang hubby kata dia dah nak balik. Sebelum tu pun dia ada call tnya saya ok ke tak, saya kata ok jer(taknak bg dia risau sangat) Sebenarnya kengkawan dia kat opis dah gesa dia suh balik, dorang yang terlebih risau. Jam 4.30 ptg dia pun sampai dan terus ajak saya gi hospital. Saya kata nanti dulu, saya belum ready lagi nak pegi. Sebenarnya bukan tak ready pakaian yang nak dibawa ke hospitaltu, tapi mental saya lom ready lagi..huuhuu..takutla tuh. Hubbypun mandi dulu, sempat lagi dia layan internet(amboii!) dan sempat gi kedai beli barang.

Masa dia balik dari kedai tu, sakitpun dah rasa 5 minit sekali..dia tnya nak gi hospital ke tak? saya suruh dia solat maghrib dulu. Masa tu waktu maghrib kat sini ialah kul 6ptg. Selesai solat, bersiapla gi hospital. Sebelum tu saya sempat call mak kat kampung, bagitau dah sakit dan nak gerak ke hospital. Minta dia tolong doakan dipermudahkan serta minta maaf atas salah dan silap. Rasa nak menangispun ada masa ni, sedih takut jadi apa2, dan biasalah tak boleh cakap banyak dah masa ni, cepat2 jer letak telefon.

Kemudian keluarlah kami 3 beranak untuk ke hospital. Sampai hospital lebih kurang kul 6.30ptg gitu, hubby terus gi kaunter, saya plak sempat gi toilet dulu. Lepas keluar toilet, sister dah panggil masuk bilik doktor untuk diperiksa. Masa ni tak rasa takut ke apa, saya rasa mcm blur je. Lepas diperiksa, terkejut beruk jugaklah bila dr kata jalan dah buka 7cm masa tu. Terus sister bawa saya ke LR. Saya jalan lenggang kangkung terlupa nak ambil barang2 baby dalam beg, masa tu beg kat lobi lagi, hubby yang pegang. Dia tak abis lagi berurusan di kaunter. Satu lagi perkara saya terlupa ialah nak minta maaf kat hubby sebelum masuk LR sebab tak sangka terlalu cepat kena masuk LR.

Masuk je dalam LR, tukar baju, pasang drip bagai, dr pecahkan ketuban, maka startla sakit yang kaw2 punya..mulalah rasa nak meneran. Masa ni doktor ada dua orang termasuklah Dr Saleena, nurse pulak adalah 4-5 orang untuk beri bantuan. Tak lama kemudian hubby masuk, push punya push, 5-6 kali ke, tak ingat, keluarlah baby, tepat jam 7.45p.m..lega, alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dipermudahkan.

Inilah pengalaman pertama hubby melihat sendiri isteri dia bersalin. Dulu dia tak berpeluang kerana masa saya bersalin dia tak ada. Geleng kepala dia bila saya tanya apa perasaan dia masa tu.. Macamanalah mak dia (my MIL) boleh beranak sampai 11 orang, kata hubby ku. Itulah pengorbanan seorang ibu. Malam tu, kami 4 beranak tido di wad. Keesokkan harinya lepas makan tengahari saya dibenarkan keluar. Itulah pengalaman saya bersalin anak kedua, di tempat orang, alhamdulillah semua berjalan lancar dan selamat. Sesiapa yang sedang pregnant tu, bacalah banyak2 doa nabi Yunus selain daripada doa2 dan amalan yang lain tu sepanjang mengandung dan masa sakit nak bersalin tu, insyaAllah akan dipermudahkan olehNya.. Inilah yang saya amalkan dan ternyata banyak membantu. Kita hanya berdoa dan mengharap kepada Allah yang maha berkuasa. Segala-galanya atas kehendak dan kekuasaanNya belaka.





Dah dpt upload gambar, jadi saya upload gambar2 ni sekadar untuk kenangan.


masa ni baru keluar dari LR



Muadz yang kepenatan menunggu mama dan baby...



akhirnya dua-dua pengsan dulu...( wei, tak aci demo tido dulu..)
tengok tu orang yg tak bersalin dah lena diulit intan, orang baru lepas bersalin buleh duk jalan2 tangkap gambar ni..apa celita?


tu diaaa..kaki sapa nih?


ni lah orangnya.... sedap sungguh dia tido.


Inilah breakfast dan lunch keesokkan harinya. Telur dadar masa breakfast tu saya tak makan, saya ni kan baik..ahaks.. tapi puding yang kat bawah tu (sebelah yogurt) saya m.a.k.a.n.. s.i.k.i.t.. mihahaaa...

Inilah Dr Saleena yg menyambut kelahiran baby Mufid.