Followers

Saturday 31 January 2009

Apam Balik



Kalaulah tidak merantau seperti sekarang agaknya sampai laani pun tak tahu nak membuat apam balik ni. Mungkin jugak takkan ambil tahupun, sebabnya sebelumni tak berminat sangat dengan kuih yang satu ni, kecuali kalau jumpa yang nipis-nipis dan rangup tu, sukalah juga. Tapi jaranglah nak jumpa yang tu, biasa kat pasar-pasat malam tu, apam baliknya tebal-tebal belaka.
Tapi, biasalah kan bila dah tak nampak depan mata, rasa rindulah pulak dengan dia kan. Pukul 10 malam sanggup pi dapur semata-mata nak menggodek mendalah ni, keh..keh...pELIk tapi BEnAR....
Resepi apam balik ni diambil dari Myresepi, saya copy & paste sajalah di sini, thanks untuk penyumbang resepi ni iaitu Ms Oreo.


APAM BALIK BY MS.OREO @ MYRESIPI
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit mentega/planta untuk mengoles
Bahan tabur :
-Kacang tanah yang sudah dikisar
-Jagung krim (saya tambah), tapi jagung krim yg saya beli tu, jagungnya tak nampak, krim aje yg lebih..huhuu..

Cara-cara
Mesin gula bersama telur hingga kembang,
Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

Saya buat stail nipis dan kecik-kecik ajer...

Friday 30 January 2009

Gulai Lemak Rebung

Rasa-rasanya dah bertahun jugak saya tak makan rebung. Teringat zaman dulu-dulu, mak saya selalu buat gulai lemak rebung ni. Sampai sekarang teringat-ingat kesedapan gulai yang mak buat tu sebab mak guna rebung fresh yang diambil dari pokok buluh di tepi sungai berdekatan dengan rumah. Memang rangup dan manis sekali rasanya. Uuhh..tak boleh diingat, tiba2 bleh meleleh air liurni. Sejak beliau kurang sihat ni, takdelah lagi gulai rebung ni. Lagipun masa balik kampung tak teringat pulak nak makan mende ni.

Kat sini, kalau nak merasa gak, guna rebung dalam tin ajelah. Jadilah dari takde kan. Orang kata tak ada rotan, akarpun berguna..ngeeee...(Tapi saya dpt info daripada my friend mommamia kata kat Lulu ada rebung fresh, so org dubai yg ngidam nak makan rebung, pi serbu Lulu ok.)





Saya buat gulai lemak bese je ikut stail mak buat, camni lah kalau tak silap, hehee..

Gulai Lemak Rebung

Bahan-bahan:
1 tin rebung -dibasuh bersih dan ditoskan, hiris nipis
Udang -sukahatilah nak boh banyak mana, bersihkan-buang kepala dan buang urat belakangnya.
santan secukupnya (sediakan santan cair dan santan pekat)
1-2 keping asam keping - rebung dlm tin ni tak masam, bolehla letak asam keping, kalau rebung yg lain tak tahulah.
garam

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 batang serai
2 cm lengkuas
1 cm halia
kunyit hidup sebesar ibu jari
7 tangkai cili padi (terpulang citarasa masing2)
sedikit belacan

Satukan semua bahan kecuali santan pekat dan udang di dalam periuk.
Masak di atas api yang sederhana dan hendaklah kerap dikacau.
Apabila menggelegak masukkan udang dan santan pekat.
Tunggu hingga mendidih seketika dan tutup api.


Inilah rupanya rebung dalam tin yang dimaksudkan itu. Sebenarnya ada beberapa jenama lagi, tapi saya pilih yang ni sebab nampak cam lawa jer gambar kat label dia..muehehehe...

Wednesday 28 January 2009

Puff Kentang


Puff ni ialah puff yang kedua saya buat. Memang mudah nak membuatnya, syaratnya mesti ada roti canai segera atau kat sini panggil paratha. Roti canaipun jangan main sebarang rembat je tau, mesti yang berjenama 'Kawan', seperti yang disarankan oleh tuanpunya resepi ni iaitu kak ida_isk. Intinya terpulang kepada citarasa masing-masinglah nak buat inti apa yang sesuai, tuna ke, sardin ke daging ke...Saya buat inti kentang macam inti karipap tu.


Puff Kentang

Bahan-bahan:
Roti canai segera jenama kawan (yang belum dimasak tau)
kuning telur+sedikit susu cair + sedikit perwarna kuning (dipukul sedikit)

Bahan Inti:
2-3 biji kentang sederhana besar-dipotong dadu
sekeping dada ayam-dipotong dadu
4 ulas bawang merah-dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2-3 sb rempah kari + sedikit air
sedikit air
minyak untuk menumis
garam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari, goreng hingga pecah minyak.
3. Masukkan sedikit air diikuti dengan kentang.
4. Apabila kentang separuh empuk, masukkan ayam.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Apabila inti sudah pekat dan kering kuahnya, tutup api.
7. Biarkan seketika hingga sejuk.

Cara membuat puff:
kalau nak tengok cara nak lipat puff ni dengan lebih jelas (siap ada gambar), boleh klik sini , thanks kak ida.

1. Roti canai dipotong empat.
2. Ambil sekeping kecil yang telah dipotong itu. Letakkan inti.
3. Lipat dengan kemas. Boleh picit sedikit @ tekan dengan garfu di hujungnya supaya tidak terbuka.
4. Kelar-kelarkan sedikit di atasnya dan sapu dengan kuning telur.
5. Bakar hingga masak.








Jawab Tag

Salam..
Hari ni nak selesaikan tugasan yang diberikan oleh kakzai ni. Dah lama tak kena jawab tag macam ni sebenarnya..sebab tu rasa cam xcited plak nak jawab hahaa..

Peraturan nya:-

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda -
kakzai-dapur impian yang bagi..
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).


1 > Suka berinternet (merayau baca fp, blog, info, berita online, baca emel, etc..) Rasanya kalau mengadap mendalah ni masa terasa cepat je berlalu. TAPI, kalau internet buat hal satu hari je, mesti boring yang teramat dan masa tu jugalah rasa macam nak angkat beg balik mesia..huhuuuu..

2 > Suka mencuba masakan yang berkenan di hati. Tak suka mengemas, tapi benci pula bila rumah bersepah. Kalau boleh sekali mengemas tu naklah rumah tu menten kemas sebulan atau lebih lama lagila syiok. Ini tidak, baru beberapa minit mengemas dah bersepah balik..Itu yang jadi hot tu dan mulalah rasa macam nak biar ajer..

3 > Suka mengambil gambar walaupun tak pandai sangat, main hentam ikut suka je. Sebab itulah kalau pi mana-mana, sayalah yang akan pegang kamera bukan encik husb yg pegang, dia jalan lenggang-kangkung je sebab dia jarang ambil tahu pasal kamera ni compare to me..terbalik pulak kan.

4 > Suka benda-benda yang kelakar, teramat suka kalau berkawan dengan orang yang kelakar. Kadang-kadang suka juga buat lawak tapi taklah kelakar mana..ngeeee.. Tensenlah kalau satu hari kena serius je, tapi itulah yang dihadapi sehari-hari..

5 > Suka menjahit, tapi sekarang stop sebab mesin jahit takde kat sini. Tapi bukanlah pandai, setakat baju kurung sendiri aje. langsir rumah pun bolehla yang simple. Suka jahit yang senang aje, kalau yang rumit dan perlu kesabaran tu saya tolak tepi..hwa..hwa..hwa..

6 > Tak suka baca novel, tengok movie pun tak berapa minat kecuali yang betul-betul menarik, sebab tulah saya tak pernah masuk panggung wayang, percaya tak?

7 > Kalau bershoping suka meninjau kat bahagian pinggan-mangkuk dan yang sewaktu dengannya. Suka pinggan-mangkuk yang berbagai bentuk, tapi tak suka yang nampak mewah. Tapi, setakatni tak membeli pun sekadar cuci mata saje, sebab takut susah nak bawa balik nanti.
8 > Dulu saya suka kumpul gelang kristal, macam2 kaler ada. Sekarang dah malas nak pakai, tapi suka bila tengok orang lain pakai, nampak sweet je.. Lagi satu, saya tak suka pakai cincin sebab rasa macam mengganggu dan tabiat suka buka cincin serta letak di merata tempat. Jadi lebih baik tak payah pakai, nanti hilang rugi jer..hahaa

9 > Kalau bawa kereta suka buka kasut, sampai ada sekali tu, tertinggal kasut sebelah kanan kat luar kereta gara2 kaki kanan dah buka kasut kat luar sebelum tutup pintu keter, (ni citer kat mesia la..uhk..uhk)

10 > Tak suka bercakap banyak jika berada di kalangan orang yang terlalu banyak bercakap.
saya suka bagi peluang kat orang tu bercakap dan saya akan jadi tukang dengar dan tukang angguk..ngeh(3x)

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

Saya rasa ramai yang dah kena ni, tapi just letak je nama, kalau dah kena tu ignore ajelah ye..
1) nor
2) haniss
3) baayah
4) dOd
5) gee harun
6) kak jiejie
7) wawa
8) watie
9) iezah
10)nurul

Tomyam Campur

Lepas tengok gambar-gambar salji kat umah yatt dan salji kat UAE ni, tekak terasa nak hirup tomyam pulak...kui (3x). Alasan baik gak ni, kan..kan..kan..




Tomyam ni bese2 je, sapa-sapa pun bleh buat, tambah2 lagi kalau ada perencah tomyam, terus campak je dalam piyok tu.. Tapi, bese la. Saya letak bahan dan cara yang saya guna kat sini bukan apa, untuk rujukan anak-anak nanti.

Tomyam Campur:

Bahan-bahan:
Bahan A
1 labu bawang besar -dihiris kasar
4 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia-dihiris tebal2
2 inci lengkuas-diketuk
3 batang serai-diketuk
1 paket pes tomyam
air secukupnya
cili padi ikut citarasa-diketuk, buang bijinya

Bahan B
daun ketumbar-diracik, akarnya dibersihkan masukkan juga..
lemon/limau nipis/kasturi-perah ambil jusnya(ikut citarasa nak masam takat mana)
3 helai daun limau purut-koyakkan
garam secukup rasa
ayam (saya sengaja beli bhgn tulang yg ada isi sikit2 je)
udang, sotong
sayur-sayuran (karot, cendawan, apa2lah yg sesuai)-potong ikut suka

Cara:
1. Masukkan semua bahan A dalam periuk, jerang hingga mendidih.
2. Masukkan ayam
3. Apabila ayam lembut, masukkan semua sayur-sayuran, diikuti dengan sotong/udang.
4. Masukkan garam, daun limau purut, jus lemon, daun ketumbar.
5. Rasakan masam masinnya. tutup api.

Tuesday 27 January 2009

Nasi Lemak Ikan Bilis

Nasi lemak ni masak macam bese jer, takyahlah resepi...


Sepinggan ni leh makan dua orang..ekekeke

Monday 26 January 2009

Salji Di UAE












Heavy snowfall on Ras Al Khaimah's Jebel Jais mountain cluster

By Nasouh Nazzal, Staff Reporter Published: January 24, 2009, 19:47

Ras Al Khaimah: Snow fell heavily on the mountains of Ras Al Khaimah on Friday night, leaving the Jebel Jais range covered in a thick white blanket of snow.
The extreme cold spell brought the temperature on top of the Jebel Jais mountain cluster, situated at a height of 5,700 feet, to as low as -3 degree Celsius on Friday night, as the snow blanketed an area extending over 5kms.

Major Saeed Rashid Al Yamahi, Manager of the Air Wing of RAK Police, who flew a helicopter to the top of the Jebel Jais mountain, said that the entire area was covered with 10 cm of snow.
"The sight up there this morning was totally unbelievable with the snow-capped mountain and the entire area covered with fresh, dazzling white snow. The snowfall started at 3pm on Friday afternoon and heavy snowfall began at 8 pm and continued till midnight, covering the entire area in a thick blanket of snow," he said.

The temperature on top of the mountain cluster remained extremely cold during the daytime on Saturday with the temperature rising to just 1 degree Celsius in the afternoon. "Much of the snow was still there even when we flew back from the mountain this afternoon. It is still freezing cold up there and there are chances that it might snow again on Saturday night," Major Al Yamahi added.

M. V. Varghese, Observer at the RAK Airport Meteorological Office, said that there were scattered rains in Ras Al Khaimah on Friday night which brought the temperature down. "The rain along with the cold easterly winds and low-lying clouds could have bought the temperatures further down on the mountains," he said.

Plans for mountain resort
Ras Al Khaimah had experienced heavy snowing on Jebel Jais mountains four years ago on December 28, 2004. "I had flown there in 2004 when it snowed, but this time it was much bigger and the snowing lasted longer as well," said Major Al Yamahi.
The Jebel Jais mountain cluster is situated around 25kms from Ras Al Khaimah City and normally has significantly lower temperatures even during the peak summer months.
Ras Al Khaimah has plans to capitalise on the attractive climate and spectacular scenery of Jebel Jais by building a mountain resort and ski slope on top of the mountains.
Sumber:

Sunday 25 January 2009

Kerabu Pegaga Mangga Tomato

Selama tinggal di Dubai, inilah pertama kali saya bertemu dengan ulam pegaga.
Saya tak taulah mungkin di tempat lain ada jual, tapi kat kedai atau supermarket yang pernah saya pergi sebelum ni tak pernah nampak batang hidung pegaga ni..
Apa lagi dengan tak malunya sayapun terus terkam pegaga ni. Memang fresh lagi,
didatangkan dari Sri Lanka oo...




Kebetulan memang kat rumah ada buah mangga muda. Dah lama beli, kononnya nak buat cicah kuah rojak, sekali tengok kuah rojakku dah kehabisan. Sebab itulah buah mangga tu nampak kuning, hampir masak peram dalam fridge..huhaha..nasib baik keras lagi isinya, ok lah tu.




Kerabu Pegaga Mangga Tomato

Bahan-Bahan:

1 ikat daun pegaga - *dibersih dan dihiris ikut stail sendiri
2 biji mangga muda - dihiris halus memanjang
1 sb kelapa parut - boleh tambah kalau suka lebih
5 batang cili api - buang biji dan hiris halus
1 labu bawang besar - dihiris nipis
1 biji lemon/limau - diambil jusnya
1 biji tomato - buang biji dan potong dadu
5 pokok daun ketumbar - diracik halus
garam dan gula secukup rasa
1sb kerisik (optional)
kacang tanah - goreng dan tumbuk kasar (optional)

Cara-cara:

Gaulkan semua bahan di dalam mangkuk besar, kecualikacang tanah.
Taburkan kacang tanah di atasnya.
Hidangkan ketika nak makan, baru best.

* Saya rendam daun pegaga ni dalam sebesen air yang dicampurkan dengan sedikit garam.
Biarkan selama lebih kurang 10 minit, bilas dan toskan. Kemudian barulah dipotong.



yang ni plak saya tabur kacang..saja suka2..ngeeeee...

Saturday 24 January 2009

Sotong Goreng Kunyit

Kalau malas dah tiba, inilah menu yang sesuai...ngeeee..



Sotong Goreng Kunyit

Bahan-Bahan:

5 ekor sotong putih - dibersih dan dipotong bulat, digaul garam dan serbuk kunyit
1 labu bawang besar (di hiris bulat)
2 ulas bawang putih - di hiris
1 cm halia - dihiris
1 tangkai cili merahlhijau - dihiris serong
buah tomato - dibelah 4 (optional)
1 sb kicap manis
Sedikit kunyit serbuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara:

Sotong di basuh dan di bersihkan.
Tumis bawang putih, halia hingga naik bau.
Masukkan sotong diikuti bawang besar, cili merah/hijau, dan kicap dan buah tomato.
Apabila sotong sudah lembut, bolehlah diangkat.
Masak kira-kira 5 minit kemudian boleh lah di angkat.
* Boleh tambah ubi kentang jika suka (kentang dipotong baji dan digoreng terlebih dahulu)

Friday 23 January 2009

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Saya buat masak lemak ni sebab dah kempunan sangat lama tak makan...Hubby saya kureng sikit makan masakan berlemak ni, itu yang saya tak dapat nak buat selalu..Sekali buat, hmm.... berpinggan2 nasi saya bedal, hwa..hwa..hwa....




Ayam Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam di potong kecil (ayam kecil lagi best dari ayam yg banyak isi)
santan secukupnya (sediakan santan cair dan santan pekat)
1-2 keping asam keping
garam
daun kunyit-dikoyak (jika ada)
sedikit kacang buncis - dihiris
buah tomato-dibelah 4 (optional)-saya mmg suka buah tomato, masak apapun mesti nak letak.

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 batang serai
2 cm lengkuas
1 cm halia
kunyit hidup sebesar ibu jari
7 tangkai cili padi (terpulang citarasa masing2)
sedikit belacan

Satukan semua bahan kecuali santan pekat, kacang buncis dan buah tomato di dalam periuk.
Masak di atas api yang sederhana dan hendaklah kerap dikacau.
Apabila menggelegak masukkan kacang buncis, santan pekat dan buah tomato.
Tunggu hingga mendidih seketika dan tutup api.

Thursday 22 January 2009

Pancake

Hidangan yang sesuai untuk sarapan. Saya suka sebab mudah nak menyediakan, cepat dan mengenyangkan.

Boleh dimakan bersama madu, chocolate syrap, susu pekat manis dan sebagainya.








Resepi ni diambil dari All Recipes


Pancake

Ingredients:

1 1/2 cups all-purpose flour
3 1/2 teaspoons baking powder - saya letak 1teaspoon je, banyak2 pun tak bagus..
1 teaspoon salt1 tablespoon white sugar
1 1/4 cups milk - saya guna fresh milk
1 egg
3 tablespoons butter, melted


DIRECTIONS

In a large bowl, sift together the flour, baking powder, salt and sugar.
Make a well in the center and pour in the milk, egg and melted butter; mix until smooth.
Heat a lightly oiled griddle or frying pan over medium high heat.
Pour or scoop the batter onto the griddle, using approximately 1/4 cup for each pancake.
Brown on both sides and serve hot.

Makan dengan madu pun sedap..

Serimuka

Ini ialah kali kedua saya buat kuih ni tapi yang sebelumni ikut resepi yang berlainan.
Alhamdulillah, buat kalini lapisan atas tu menjadi, yeay...suka, suka!!

Cuma, bagi sesiapa yang gemar manis tu, bolehlah tambah gula lebih sikit untuk lapisan atas tu kerana sukatan dalam resepi ni manis-manis buah gitu, tapi bagi saya memang dah ok.
Terima kasih nanasham, tuan punya resepi ni.





Kuih Seri Muka/Puteri Salat (Nanasham@Myresipi)


Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )

Bahan lapisan bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan cair 1 st garam 2 sm minyak

Bahan lapisan atas:-
120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 st garam300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara-caraUntuk lapisan bawah:-
A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.


Untuk lapisan atas:-
1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....

PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!

Salam Pembuka Bicara

Assalamualaikum.Hari ini, dengan rasminya saya membina halaman ini untuk berkongsi sesuatu dengan sesiapa sahaja yang sudi. Blog ni bertujuan untuk memaparkan apa sahaja cerita atau gambar yang ingin dikongsi bersama untuk dijadikan kenangan suatu masa nanti.

Segala apa yang dipaparkan di sini adalah sekadar catatan peribadi yang tiada kaitan dengan sesiapapun. Oleh itu, diharap paparan di laman ini akan dapat memberi manfaat kepada diri saya, keluarga, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang sudi menatapnya. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.

Tuesday 13 January 2009

KEK MARBLE TRIO

Kek marble trio ni, saya c&p daripada fp kakzai,
kakzai pula c&p daripada CMG.
Thanks untuk kedua-duanya yer..
Tapi kan...
kek saya ni memang tak bolehla nak compare ngan sifu2 kek atau orang len punya
sebab, nama jer marble trio.. tapi, mana marble nyer, mana trio nyer saya pun taktau..wakakaa.. tak nampak ghuper, ngeeeee..Pendek kata kalau nak menilai rupanya memang hancor, tapi sedap. Bolehla untuk makan2 sendiri.




KEK MARBLE TRIO

BAHAN-BAHANNYA
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence

Fussili Goreng





Fusilli Goreng

Bahan-bahan:

500g fusilli - direbus di dalam air panas sehingga lembut dan ditoskan
(jgn lupa campurkan sedikit minyak ke dalam air rebusan itu supaya ia tidak melekat)
4 sb sos cili
2 sb sos tomato
1 sb sos tiram
3 sb kicap manis
1/2 kiub pati ayam
1 labu bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
3-4 batang sosej ayam - dipotong nipis (kalau nak letak isi ayam pun boleh)
7-8 ekor udang segar - dibuang kulit dan urat belakangnya
1/2 batang karot - dipotong nipis
segenggam cendawan butang- dipotong nipis @ apa2 sayur lain nak tambahpun boleh)
1 biji telur
minyak masak untuk menumis
garam (sebelum masukkan garam, rasa dulu yer, sbb sos tiram n kiub ayam tu dh masin)
daun ketumbar/daun bawang - ditabur untuk dimakan bukan sekadar hiasan

Cara membuat:

1) Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi
2) Masukkan sosej, goreng sebentar sehingga masak.
3) Masukkan sos cili, sos tiram , sos tomato , kicap, dan sayur-sayuran. gaul rata.
4) Masukkan fusilli, gaul sebati.
5) Buat lubang di tengahnya, pecahkan telur, biar seketika supaya telur mengeras dan kacau rata.
6) Rasakan masinnya dan bolehlah dihidangkan. Taburkan dengan daun ketumbar/daun bawang.

*** kalau nak pedas, boleh tambah 1-2sb cili kisar semasa menumis

Sunday 11 January 2009

Cek Mek Molek



Kuih Cek Mek Molek - Mamasya, thanks..

Bahan
4 biji ubi keledek saiz sederhana
2 cawan tepung gandum-tambah atau kurang sekiranya perlu
gula secukupnya

Cara
Ubi direbus hingga lembut dan dikupas.
Tumbuk/lenyek hingga betul2 lumat dan
dicampurkan dgn tepung gandum sedikit demi
sedikit dan uli hingga jadi doh.
Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola.
Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan,
kalau melekat taburkan sedikit gandum ditangan,
letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur.
Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.

Wednesday 7 January 2009

Bendi Goreng Telur



Bendi Goreng Telur
Bahan-bahan:
Bendi secukupnya (dibasuh dan dipotong nipis2)
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 tangkai cili padi - dihiris (optional)
sebiji telur - dipukul
sedikit air
garam
minyak

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih hingga naik bau. Masukkan hirisan cili padi.
2. Masukkan bendi, kacau hingga lembut, masukkan sedikit air, jika terlalu kering. Perasakan dgn garam
3. Masukkan telur, biarkan ia keras sikit dan kacau supaya bercampur semuanya.
3. Padamkan api dan bolehlah dihidangkan.

Ayam Panggang Lada Hitam


Ayam Panggang Lada Hitam

Bahan:
3-4 ketul peha ayam / mana2 bahagian ayam pun boleh
1/2 sb serbuk lada hitam
1/2 sb serbuk jintan putih
3 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 cm halia - tumbuk
2sb olive oil / minyak masak biasa
garam secukup rasa
sayur-sayuran (cauliflower/karot) - optional

Cara-cara:
Gaul semua bahan kecuali sayur bersama ayam dan perap selama 2-3 jam di dalam peti sejuk (lagi lama perap, lagi sedap). Bakar (gril) hingga ayam masak. Guna suhu yg sesuai ikut oven masing2.
Kalau nak masukkan sayur-sayuran, agak-agak 20 minit sebelum ayam masak, keluarkan dan letaklah sayur di sekeling ayam tu , masukkan semula dlm oven . Masa nak hidang, tuangkan sos bbq (atau apa2 sos) di atas ayam...
*** Jgn lupa untuk kuarkan ayam, balik2kan ayam tu dan letak lebihan bahan gaul ayam tadi supaya ayam rata masaknya.

Friday 2 January 2009

Chocolate Strawberries / Strawberi Celup Coklat

Saya buat coklat yang versi sempoi je ni..yg paling senang di dunia
Tak perlu banyak bahan, guna coklat masakan dan mentega sahaja.



Chocolate Strawberries a.k.a Stoberi Celup Coklat

Bahan-bahan:
25 biji strawberi-basuh bersih dan keringkan dengan paper towel
150g coklat masakan - potong kecil2
1 camb mentega/marjerin (boleh tambah @ kurangkan bergantung kpd kepekatan coklat)

Cara-cara:
1. Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boiler.
2. Apabila coklat mulai cair, masukkan mentega/marjerin.
3. Kacau hingga larut dan cair kesemuanya.
4. Angkat dan biarkan coklat sejuk.
5. Celuplah strawberi dan letak satu persatu di atas pinggan
yang dialaskan dengan wax paper/cling film,
atau apa2 je plastik yang sesuai untuk elakkan ia melekat.

***kalau nak tabur ngan manik2 pun taburla sesuka ati, sebelum coklat tu membeku.
***kalau nak bg coklat tu cepat membeku plak, masukkan dalam peti sejuk sebentar yer,
kejap je beku dan bleh makan...

Kek Pisang Walnut



Kek Pisang oleh: adsweet (Myresipi)-tq
(Saya tambah walnut dalam kek pisang ni, jadi saya tukar nama kepada Kek Pisang Walnut), harap empunya resepi tak marah ye..

Bahan-bahan ( saiz biasa )
7 biji pisang berangan - saya guna 5 biji pisang dr filipina tu, jenama DOLE
1 cawan minyak masak - saya guna sunflower oil
2 sudu kecil soda bikarbonat
5 biji telur - saya guna 4 biji telur saiz A
2 cawan gula halus - saya guna 1 1/4 cawan je
1 sudu kecil esen vanilla
3 cawan tepung gandum

***Saya tambah
1/2 cawan walnut cincang kasar
1 sk ovalette
hirisan pisang sebagai hiasan


Cara-cara:
Blender kan pisang, minyak dan soda bikarbonat sampai lumat
Gunakan mixer untuk pukul telur dan gula. Masukkan bersama esen vanilla (boleh juga di blend)
Masukkan pisang yang telah di blend ke dalam bancuhan telur dan gula
Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata
Masukkan dalam acuan. Bakar selama 25-30 minit, suhu 180 C