Followers

Thursday 22 May 2008

Puding Permata

Panas2 ni, jom pekena puding, nak pekena ABC takdak...



Puding Permata (rossitamz - myresipi), time kasih yer
Bahan-bahan ( Loyang 7in x 7in )
** Bahan untuk agar-agar :
300ml air
200ml susu cair (saya guna susu segar)
125gm gula pasir
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar serbuk agar-agar
** Bahan untuk kastad :
500ml air
400ml susu cair / susu segar
250gm gula pasir
10gm serbuk agar-agar
1 1/2 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan 3 sudu besar air
Cara-cara ** Untuk agar-agar : Masak susu dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih.
Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.
** Untuk kastad : Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat.
Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi) dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras.

Wednesday 21 May 2008

Pau Kukus Tradisional



PAU KUKUS TRADISIONAL (kak rinn - tq kak rinn)

Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
11gm yis mauripan (=I packet)
200gm gula (=1 cwn)
100gm minyak jagung atau minyak masak (=1/2 cwn)
460gm air (=2 1/2 cwn air, boleh tambah jika perlu)

Cara-cara:
1. Gaul tepung dengan yis.
2. Larutkan gula dalam air.
3. Tuangkan larutan gula sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul perlahan-lahan dengan hujung jari.
4. Halfway thru campurkan minyak dan teruskan menguli dgn menghabiskan lebihan air hingga menjadi doh yang kenyal.
5. Rehatkan adunan 10min - 15min.
6. Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki dan rehatkan lagi 10min. Sementara itu panaskan kukusan.
7. Leperkan doh bulat di atas tapak tangan dan masukkan inti kesukaan dan tutup rapat2 dgn menarik bhg yg dirapatkan itu ke arah bawah dan dapatkan permukaan atas yg licin dan bulat.
8. Lapik dengan daun pisang atau plastik yg telah digunting mengikut saiz pau.
9. Biarkan pau naik selama 30min dan kukus selama 10min. Jangan lebih lama dari itu.
* Pau yg telah sejuk boleh dihangatkan semula menggunakan kukusan.

Inti Kelapa

Bahan-bahan:
gula merah
gula putih
kelapa parut
sedikit air
daun pandan - tak letak
secubit garam

Cara-cara:
Gaul gula putih, gula merah dan sedikit air. Masak di atas api hingga larut. Masukkan kelapa parut, daun pandan dan garam. Masak terus hingga naik bau wangi pandan dan adunan tidak berair lagi.


Monday 19 May 2008

Cucur Badak


Cucur Badak (Princessharyati) t.q yatt..sedap

Bahan-bahan ( 28-30 biji sedang kecil )
utk kulit
2 biji keledek saiz besar
1 cawan tepung gandum
Garam
utk inti
1/2 biji kelapa parut
1 cawan udang kering
2 biji bawang besar
5 batang serai - saya guna 4 jbatang jer
1 sudu kecil kunyit serbuk
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
1 sudu besar minyak masak
Garam dan gula

Cara-cara:

untuk inti: blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend sekejap jek. Setelah itu masukkan semua ke dalam kuali. Masukkan juga kunyit + minyak + garam + gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.

utk kulit: rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung. Buat masa panas panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak sedap.
Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengkung. tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat , keje pun cepat dan senang.
letakkan inti dan tutup kembali.
Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di santap


Kek Coklat lagii...

Peminat kek coklat dalam umah ni muaz la, sapa lagi. Papa dia memang xminat langsung, kalau makanpun sekadar nak amik hati je..huhuu.. Tapi, muazpun x terabis makan sebab dia sorang je. Saya pun sejak boleh buat kek coklat sendiri dah rasa jemu pulak. Dulu2 bukan main lagi, siap order dari jiran kat umah setiap kali teringin nak makan. Best gak duk jauh2 ni, boleh belajar macam2, nanti balik mesia kalau rasa nak makan tak payah lagi nak beli atau nak order lagi..Hmmm..ye ke? ahakss.

...tak reti nak menghias..kusikat saja topping ni kasi dia belang2 mcm kuda belang..ngeheehe..

Kek Coklat (fendi75-MyR) - t.q
Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara
Pukul telur hingga kembang
Masukkan gula dan pukul lagi
Kemudian masukkan minyak masak
Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk



Saturday 10 May 2008

Terung Goreng Bercili


ni menu feberet saya

Terung Goreng Bercili
Bahan-bahan
3 - 4 biji terung panjang
3 sudu cili mesin/blend
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*sedikit belacan
sedikit ikan bilis (cuci & tumbuk kasar)
sedikit jus asam jawa
garam
gula
sedikit minyak
bahan yg bertanda * hendaklah ditumbuk

Cara-cara:

Terung dibelah dan dipotong dua. Goreng terung dengan 2 sudu minyak hingga agak layu. Angkat dan toskan minyaknya.
Dengan kuali bekas goreng terung tadi, tambahkan sedikit lg minyak (2 sudu). Tumiskan bahan2 yg bertanda * dan cili mesin hingga garing. Masukkan ikan bilis. kacau hingga agak kering, kalau suka kuah tambah sedikit air air. masukkan jus asam jawa. Perisakan dengan garam & gula. Masukkan terung goreng tadi dan gaul rata. Tutup api dan bolehlah dihidangkan. Sedia untuk dimakan.

Ayam Kung Pao

Ayam kung pao ni festaim buat, sedap jugak. Kelakarla, masa tengah masak ayam ni, teringat pulak kat Jackie Chan, nape ntah..maybe sbb nama ayam tu kung pao..dekat nak sama mcm kung fu..ekekee
time kasih kpd yg empunya resepi ya.



KUNG PAO CHICKEN
Sumber: Cranko21

Bahan A
600 gm isi ayam - potong dadu
tepung jagung
garam

Isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.

Bahan B
100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 inci halia - ditumbuk halus
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air
minyak untuk menumis
garam - kalau perlu

Cara-caranya
Panaskan sedikit minyak dlm kuali. Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air. Biakan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api. Sedia untuk dihidang.


***saya tabur ngan bijan sbg hiasan

Jemput-jemput Udang



Jemput-jemput Udang

bahan2:
tepung, udang, bwg besar (didadu), cili merah (didadu), air panas, garam, sdikit kiub ayam, telur, daun ketumbar/daun bawang, udg kering /ikan bilis (ditumbuk), minyak.
cara2:
Adunkan air panas ngan tepung, kacau rata. Masukkan semua bahan yg lain dan gaul rata, goreng.

*** saya tak bubuh soda bicarbonat atau sebarang bahan penaik sbb tak suka ia menyerap banyak minyak

Choc Chips Banana Muffin



Choc Chips Banana Muffin

Sumber : Allrecipes.com
Kiriman : Mummy Roz

INGREDIENTS

1 3/4 cups all-purpose flour
3/4 cup sugar - saya boh 1/2 jer
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
1 egg
1/2 cup vegetable oil
1/2 cup plain yogurt - yogurt xde stok, sy gantikan ngan susu segar
1 teaspoon vanilla extract
1 cup mashed ripe bananas
3/4 cup semisweet chocolate chips

DIRECTIONS

In a large bowl, combine the flour, sugar, baking powder, baking soda and salt.
In another bowl, combine the egg, oil, yogurt and vanilla.
Stir into dry ingredients just until moistened.
Fold in bananas and chocolate chips.
Fill greased or paper-lined muffin cups two-thirds full.


Bake at 350 degrees F for 22-25 minutes or until a toothpick comes out clean.
Cool for 5 minutes before removing from pans to wire racks.

Wednesday 7 May 2008

Nasi Goreng Tomyam



Sedap nasi goreng ni, tak caya try..Saya dah beberapa kali dah buat nasi gorengni.

NASI GORENG TOMYAM KAK LIZA (thanks kakliza))

Bahan
2 mangkuk nasi [peroikan]
100 gm udang [buangkan kulit]
100 gm sotong [potong kecil]
100 gm isi ayam [hiriskan nipis]
100 gm carrot [potong dadu]
100 gm kobis bulat [potong kecil]
1 bij telur
daun ketumbar [racik]
ciliapi tumbuk [kalau nak lebih pedas]
minyak
garam

Bahan Sos Tomyam [mesinkan]
10 tangkai cili kering
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b udang kering

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan sos tomyam sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan carrot. kacau rata sehingga masak.
3. Masukkan udang, sotong, kobis dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan nasi dan kacau rata.
5. Pecahkan telur dan kacau rata bersama semua bahan.
6. Rasakan garam dan tutup api.
7. Taburkan daun ketumbar dan gaulkan sekali algi.
8. Hidangkan.

Daging Goreng Sempoi

Resepi time malasku datang menjelma...



Daging Goreng Sempoi

bahan-bahan:
daging - dibersihkan, dihiris dan digaul garam & serbuk kunyit (diperap 15 minit)
bawang besar - potong bulat
bawang putih - diketuk
halia-hiris nipis
sos tiram
garam, gula (jika perlu)
capsicum - dipotong kecil
tomato - dipotong kecil
apa2 sayuran pun boleh dimasukkan jika suka
minyak untuk menumis

Cara-cara:
Goreng daging dalam minyak yg sedikit dgn cepat (minyak mstilah betul2 panas).
Apabila daging nmpak lembut, angkat dan ketepikan.
Dalam minyak yg berbaki tadi, tumis bawang besar & bawang putih hingga sedikit layu.
Masukkan sos tiram, daging dan kacau sebentar.
Masukkan sayur2an. kalau suka berkuah bolehlah tambah sedikit air. kacau sebati, dan angkat.

Monday 5 May 2008

Kerabu Mangga



Kerabu Mangga

bahan-bahan:
2 biji mangga muda - dikupas dan dihiris halus
udang basah - dicelur dan ditoskan (saya x bubuh)
3 biji cili padi
3 biji cili merah (saya x bubuh)
2 sb udang kering - basuh, sangai sebentar dan tumbuk
1/2 labu bawang besar - hiris nipis
2 helai daun limau purut - dihiris halus (saya x bubuh)
sepokok daun ketumbar - dihiris halus
beberapa helai daun pudina - dihiris halus (saya x bubuh)
3 sb sos ikan (saya x bubuh)
jus limau nipis (saya x bubuh)
garam, gula
1/2 cawan kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan ditumbuk

cara-cara:
Gaul rata-rata semua bahan kecuali kacang tanah. Letakkan di dalam mangkuk/pinggan dan taburkan dengan kacang tanah di atasnya.

Saturday 3 May 2008

Ayam Bakar



AYAM BAKAR (Kak Liza)-tq

bahan A:
1 ekor ayam [1.5 kg berat]

Bahan B [Mesin Halus]
3 cm halia
3 batang serai
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam
3 biji cili merah [jika suka]

Bahan C
1 s/b kicap
1 s/b garam
2 s/b madu/gula
kunyit serbuk

sayuran hiasan:
salad..timun..tomato
kentang [hiriskan setebal 1/2 cm]

Cara
1. Ayam dibbersihkan dan toskan kering.
2. Perapkan semua bahan bersama ayam selama beberapa jam.
3. Masukkan ayam yg telah direpakan dan kentang hiris dalam loyang dan bakar pada suhu 200'C selama 30 minit.
4. Terbalikkan kedudukan ayam dan bakar lagi selama 30 mint.
5. Alihkan ayam dalam pinggan yg telah disediakan salad.
6. Susun kentang dan tomatao keliling ayam.
7. Siramkan kuah ayam badan ayam dan hidangkan bersama sos cendawan alda hitam dan coleslaw.

Acar Timun Sempoi



Acar Timun Sempoi
Bahan2:
Timun, bawang besar dan cili merah dibasuh dan dihiris nipis.
Cuka, garam dan gula.
Kalau suka boleh letak hirisan tomato @ karot juga.
Cara2:
Kesemua bahan digaul sebati. Hehe..senangkan?

Nasi Karot

Nasi ni pun sedap juga. Sesuai sangat untuk yang gemar makan karot tu macam muaz..hehe..lauknya pula ikut suka. Saya buat ayam bakar dan acar untuk lawan dengan nasi ni.



NASI CARROT
Sumber Fp K.Liza, tq K.liza...

[b]bahan
6 caw beras bathmati....basuh dan toskan
2 caw carrot [potong dadu kecil]
1/2 caw susu cair
8 caw air
1 kiub ayam knorr
1 s/k gula
garam

Bahan Tumis
2 s/b rempah kurma
5 ulas bawang merah.]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk kasar
2 cm halia ]
3 s/b minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar.....mayang
daun pandan........simpulkan

Cara
1. Panaskan minyak sapi dalam Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendidih.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur.

Thursday 1 May 2008

Murtabak Segera




Murtabak Segera (minami133)- tq
Bahan-bahan ( 6 keping )
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
minyak
1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
kulit popia
2 biji telur
Cara-cara mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

Acar Ikan Tenggiri



kuah sikit..tak sedar & lupa tmbh air..

ACAR IKAN (kak liza)

Bahan
2 ekor ikan selar [boleh gunakan tenggiri atau merah]
[bersihkan..gaulkan dngan kunyit dan garam..goreng saperti biasa..]
1 cawan air asam jawa [boleh gunakan cuka..3 s/b cuka + 1/2 cawan air]
1/2 s/k kunyit serbuk [sebagai warna masakan tu]
1 biji tomato buah [belah 4]
minyak
garam

Bahan Mayang /hiris
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 labu bawang besar

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yg dimayangkan.
2. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa atau air cuka, tomato buah dan kunyit.
3. Bila dah mendideh masukkan ikan dan tutupkan api.
4. Hidangkan dengan nasi putih.

NOTA:
Kak liza selalu makan masa dalam pantang..cuma tambahkan lada hitam.

Sayur Campur



Ni menu campak-campak je ni..

Sayur Campur
bahan-bahan: bawang besar, bawang putih, kiub pati ikan bilis, sos tiram, pelbagai jenis sayur yang disukai dan cili potong.

cara-cara: Tumis bawang besar & bwang putih hingga naik bau, masukkan sos tiram, kuib ikan bilis diikuti dengan sayur-sayuran (sayur yg keras masukkan terlabih dahulu), tambah sedikit air. agak2 dh masak, tutup api, hidang.